Pages

Subscribe:

Labels

Dilarang Membuang Sampah Di Sini

Klik imej untuk lebih jelas.

Hairan betulla sikap sebilangan rakyat kita ni. Nak kata dah di beri pendidikan kebanyakkannya lulus SPM.. Kenapa perkara ni boleh berlaku ye.. Adakah kawasan tu masih lagi tiada tempat pembuangan sampah yang khas atau saje ambil mudah dari jalan yang senang dan mudah. Apabila penguat kuasa dah beri notis yang jelas melalui papan tanda seolah-olah tidak faham atau pun sengaja mencabar pihak penguatkuasa tempatan.

Adakah kita ingat dengan slogan 'Budi Bahasa Budaya Kita'? Sudahkah kita amalkan 'Sopan Santun Budaya Kita'? Apabila sopan santun kita tidak amalkan budi bahasa pun sukar nak di fahami pendekatan yang bagaimana kita mahu lakukan atau perlu di ubah? Adakah ada apa-apa cadangan bagi menjadikan masyarakat kita menjadi lebih baik sikap dan cara pemikirannya?

Apakah kita sudah lupa dengan pendidikan yang guru-guru berikan dulu? Atau sekadar ingin lulus periksa tapi ilmu kita tidak amalkan. Mengubah manusia ini sukar. Ia perlu dididik dari akar. Begitu juga apa yang anak-anak kita lihat dan yang itu mereka akan aplikasikan atau tiru perbuatan dan sikap kita. Keadaan sukar diubah kepada yang lebih baik apabila contoh diteladani. 'Bapa borek anak rintik' masih lagi relevan. Guru melarang murid merokok sedangkan guru juga dilihat merokok...

Cuba kita ubah sedikit pendekatan seperti gambar di bawah ni.. Maklumlah sekarang ni zaman bahasa sindiran atau zaman dengan bahasa berlembut ramai yang sudah tidak faham atau buat-buat tak faham jadi kena berterus terang sahajalah jawapannya...


Klik imej untuk lebih jelas.

No comments:

Post a Comment